Sabtu, 6 Januari 2018

Antara dekorasi dalaman PUSAT SUMBER kami.


Ini adalah LAMAN PAMERAN BERTEMA. Setiap bulan akan ditukar dengan pameran yang berlainan.


Ini laman ilmu. Nampak luas tanpa renda-renda. Saya suka yang simple dan tak terlalu serabut.


Ini laman mercu tanda. Baru kumpul tiga menara sahaja. Pembelian dalam talian banyak cuma sediakan duit sahaja kan?



Ini laman warisan kita. Maaf ya saya tidak labelkan semua benda. Warisan kena ada kaitan dengan warisan kita seperti batik atau songket. Jangan masukkan unsur animasi sebab seperti tidak sesuai.


Ini laman kemerdekaan. Saya bagi tips untuk pusat sumber yang kecil dan sempit. Rak seperti ini sangat sesuai untuk barang pameran. Mudahkan? Gayakan ia semanfaat mungkin.


Ini laman asean dan dunia. Belum Siap lagi ini. Saya hendak sisipan ruangkan rantai kunci di laman ini. Rantai kunci dari seluruh dunia.


Ini laman penglipurlara. Saya sebenarnya suka menggunakan istilah laman berbanding anjung. Penukaran mengambil masa yang agak lama (gpm mesti faham masalah ini).


Ini laman permainan tradisional. Maaf ya lompat getah sudah reput dan tidak tersusun. Pameran seperti ini memerangkap habuk tau.


Ini laman sistem suria. Ini tidak siap lagi sebenarnya. Masa sangat mencemburui saya, Glob kecil asyik hilang. Murid sekolah rendah katakan sangat berminat dengan glob kecik,


Ini laman herba. Saya gabungkan konsep hipster dan tradisional dalam laman ini. Air pancut itu tak dihidupkan pun.


Ini laman herba dari sisi zoom in. Wangi bau di sini.


Ini laman herba versi zoom in lagi. Maaf ya label belum lagi.


Sekian. Ini sahaja yang saya mampu kongsi. Yang baik ambil kalau tak baik jangan kecam saya. Ikhlas dari saya untuk SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PRIMA SELAYANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan